Aku masih merasa kamu
Walaupun kau sudah menjauh
Aku masih merinduimu
Walaupun kau tiada di situ
Aku tak pasti
Entah bila rasa ini hadir
Rasa yang tak dapat diungkap
Rasa yang tak dapat dilupa
Kau yang memberi aku rasa ini
Rasa manis dan pahit
Dalam satu masa
Ku tahu kau tak dapat merasa
Sama seperti yang ku rasa
Dahulu aku tempatmu
Kau sedia berkongsi segalanya
Minat, rasa dan perasaanmu
Aku masih tak pasti
Apakah itu juga untuk yang lain
Atau hanya untukku
Rasa itu...
Waktu ku merasa bahagia
Kaulah tempat ku
Berkongsi suka
Berkongsi duka
Akulah tempatmu
Sehingga aku begitu percaya
Sehingga aku merasakan kaulah segalanya
Kau hampakan perasaanku
Dengan tiba-tiba
Kini setelah sebulan lamanya
Walaupun tiap hari memandangmu
Aku masih merasa sunyi
Rasa ingin bersama lagi
Sehingga kini kau tiada
Aku masih tak dapt meluahkan
Apa yang aku rasa
Untuk dikongsi bersama
Kerana rasa itu
Hanya aku yang merasanya...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment