Tuhan mengingatkan
Terpulang pada hati untuk mentafsirkan
Sedang hati sibuk mengejar dunia
Dia datang membawa berita
Mungkin tiada siapa mengingati kita
Sebenarnya ada
Walau tak setiap masa, satu hari terdetik jua
Bila saat kematian sudah tiba
Jika pun hati sekejam manusia
Berbuatlah baik walau sezarah cuma
Jika hati ini lalai sentiasa
Berhentilah seketika mengingati Nya
Kerana bila ajal memanggil nama
Kebaikan itulah mendoakan kita
Moga dijauhkan dari siksa
Moga ditempatkan pada darjat yang mulia
Kadangkala hati bertanya
Mengapa tidak diberi peluang kedua
Tanpa disedari ia adalah yang ketiga
Sedang yang pertama tersia-sia
Aku mendoakan kau berbahagia
Selamat akhirnya bertemu yang Esa
Semoga hati diingatkan sentiasa
Agar tidak lalai, tidak leka
Saturday, December 2, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment